Kelantan, 19 November 2020 – Kempen Tukar Minyak Masak Terpakai (UCO) kepada Pitih telah dirasmikan
oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan dalam Program Kelantanku Bersih bertempat di Dataran Warisan Stadium Kota Bharu.

Menurut YAB Menteri Besar, komitmen kerajaan negeri dalam usaha menjadikan kelantan negeri bersih, indah, dan ceria memerlukan kerjasama semua pihak untuk berganding bahu bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Program dan aktiviti kempen daripada minyak masak terpakai (UCO) boleh menjana pendapatan sampingan masyarakat samada ditukar kepada duit, dijadikan biodiesel, sabun, bunga sabun, lilin, playdoh dan pelbagai produk yang bermanfaat.

Semoga kempen ini dapat membantu menjayakan Kelantanku Bersih dan menjadi contoh kepada masyarakat lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top