15 Julai 2020, Rabu – Kelantan Utilities Mubaarakan (KUM) telah memberikan penerangan kepentingan kebersihan dan kitar semula , terutamanya pembuangan minyak masak yang sudah dipakai.

Dalam majlis ini juga mereka telah melakukan demonstrasi pembuatan sabun pencuci pinggan menggunakan minyak masak terpakai. KUM telah bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) di 45 DUN bagi mengeluarkan produk yang dihasilkan daripada barang terbuang.

Turut hadir semasa taklimat YABhg Datin Bentara Kanan Hajah Siti Zabidah bt Ab. Hamid, isteri Menteri Besar Kelantan.

Diharap projek ini akan memberi peluang menambahkan pendapatan serta meningkatkn amalan kitar semula di kalangan warga Kelantan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top